Friday, January 11, 2008

Setiap orang pasti ada pengalaman nya sendiri...begitu la jugak aku..pada mula nya aku hanya pekerja kilang saja yang terletak di Subang Jaya..Namun setiap kegembiraan takkan sentiasa kekal..Begitulah juga dgn nasib aku..kilang tempat aku bekerja telah umum kan VSS.Ini adalah punca pecah amanah dan seleweng duit syarikat....Dan namaku terpilih...maka selepas 17 Ogos 2007 ..aku bergelar penganggur semula...

Setelah hampir sebulah lebih ku mencari pekerjaan..namun kehampaan yg ku dapat...maka ku menghubungi kawan kawan ku yg kain utk bertanyakan khabar mereka..nasib mereka jugak seperti aku..masih mencari pekerjaan..namun ada yg mula merancang membuat perniagaan sendiri,buka kedai dan ada yg ingin mencuba bidang pertanian..

Maka aku pun tiada pilihan samaada terus mencari kerja atau menceburi bidang yang lain..maka aku ambil keputusan menceburi bidang pertanian bersama sahabat ku..dgn berbekal kan seinci ilmu pertanian dan modal yg terlalu ciput...kami membuat keputusan untuk membuat tanaman cili merah.. pada fikiran kami fertigasi adalah...cara siraman yg mudah,penjagaan yg mudah..dan banyak kelibihannya..tetapi sebenarnya adalah seperti berikut....














Sistem Fertigasi

Industri sayur-sayuran di Malaysia menjadi sumber pendapatan yang penting di dalam sektor pertanian.Pengeluaran sayuran samada sayuran berdaun dan sayuran berbuah masih belum cukup untuk menampung keperluan domestik.Pengunaan sistem fertigasi adalah alternatif utama bagi menampung keperluan ini.Di atas keperluan maklumat dibidang teknologi pertanian masakini dan khususnya Teknologi Penanaman Secara Fertigasi, pihak kami mengorak langkah kehadapan bagi transformasi teknologi pertanian dalam memajukan sektor pertanian.
Memodenkan aktiviti pertanian merupakan satu kaedah yang boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian . Kaedah Fertigasi adalah satu kaedah alternatif yang baik dan berdaya maju.Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup. Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan. Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Ia merupakan adalah cabang dari komponen chemigation. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan.Dua asa utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang. Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:
1) Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan
jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
2) Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah
penyakit.
3) Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
4) Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
5) Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
6) Kualiti hasil yang lebih baik.
7) Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%
8) Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga
diguna pakai.
9) Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
10) Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
Kami pun mula mencari tanah utk disewa,peralatan utk sistem saliran,polibag, dan peralatan yg lain...dengan berbekal kan modal rm 9000..kami akan lakukan ape yg termampu untuk terus kan projek kami ini..akhirnya sahabat ku telah dapat tanah untuk disewa yang keluasannya hampir 1/4 ekar.Tetapi tanah tersebut dipenuhi oleh pokok kopi..dan kami harus lapang kan dulu kawasan tersebut...



kami pun mengupah orang untuk menebang kawasan tersebut...upah hanya untuk menebang sahaja..tetapi untuk mengemaskan adalah tugas kami berdua...di situ lah bermulanya tugas kami..setiap pokok yang telah ditebang kami longgokkan pada beberapa tempat,kami asing kan dahan dan ranting kayu..ini adalah bertujuan untuk mudah kan kerja membakar nanti..lama juga masa yg diperlukan untuk membersihkan kawasan ini.dalam seminggu jugak la..sbb nak kena bakar semua pokok yg ditebang tu.maklumlah..kami dulu pekerja kilang..kini berubah jadi petani pulak..hampir 1 minggu lebih kami gunakan masa untuk kemas dan bakar kpokok kopi yg telah di tebang kan...setelah ia lapang...maka...hati kami mula merasa gembira...mulalah terbayang difikiran kami "projek cili fertigasi" kami ini..

maka tugasan seterusnya adalah kami harus membuat ukuran keluasan kawasan tersebut dan membuat pelan sistem saliran dan susunan untuk jarak pokok...emm...terpaksalah kami jadi arkitek dan kontraktor sememtara...setelah siap membuat ukuran..kami pun membuat pemotong hose paip (20mm) dan paip (4/6)..kemudian kami pun membuat pemasangan dengan merujuk pelan yg telah kami setujui bersama...maka telah siap lah sistem pengairan kami..kami juga telah membeli arrow driffter,channel driffer dan polibag melalui internet.dan telah membuat tempahan anak benih libih kurang 2500 pokok..itu termasuk yg akan kami gantikan sekiranya yg dimakan haiwan dan dijangkiti penyakit,dan untuk sulaman nanti...




lebih kurang seminggu selepas raya puasa tahun 2007..maka penantian kami terjawab..aku telah memerima pesanan yg telah di buat melalui internet..maka dengan segera kami memulakan tugas seterusnya iaitu memasukkan tanah kedalam polybag...kami terpaksa gunakan medium tanah merah dan dicampurkan dengan tanah hitam.sepatutnya kalau sistem fertigasi sebenar adalah menggunakan medium sabut kelapa dan sekam padi..medium ini memang sesuai untuk sistem fertigasi... .pada awal perkiraan kami..kami akan menanam 2000 pokok...tapi setelah ia dilaksanakan..maka yang kami mampu lakukan pada ketika ini adalah 1000 pokok sahaja...orang kata...ukur baju pada badan sendiri...maka kami terima lah apa yg kami mampu..
setelah penat bekerja...kami melabuhkan sayap untuk berehat di bawah rumah ini...di rumah ibu sahabat ku...ibu nya banyak membantu kami..menyediakan makanan dan minuman untuk kami...trima kasih...














pada 19 november 2007...aku telah dipanggil utk memula kan kerja di sebuah kilang di Bangi..maka...rela dalam terpaksa aku serah kan projek ini pada sahabat ku..maka terpaksalah sahabat aku melakukan dgn rase terpakse...sahabat ku terpaksa meracun,membaja,memantau,,memang sukar tugas ini sebenarnya jika dilakukan berseorangan...bosan..penat..ini lah yg bermain difikiran sahabat ku..tapi dia cuba tabahkan hati nya..kerana inilah punca pendapatan nya akan hari....tapi aku berjanji akan turun membantu pada aku rest day..sbb aku bekerja secara shif...

setelah hampir sebulan lebih kami memasukkan anak pokok kedalam polibag..ia telah megeluarkan bunga..pada 6 januari 2008 aku telah turun..dan melihat hampir 70% telah mengeluarkan bunya perrtamnya...seronok juga melihat semua nya menghijau...sejuk mata memandang...kami telah menggunakan hampir separuh tanah yg disewa itu untuk manampung 1000 pokok ini....










inilah anak pokok yg dah hampir 2 bulan kami tanam...bunga dan buah pun dah ada..best betul tengok...terutama awal pagi...







































































inilah hasil yg kami perolehi...walau pun penat...kalau dah berhasil...tentu seronok ...
















INILAH MASALAH YG KAMI HADAPI.....PENYAKIT...SAKITT...
























































PENGGUNAAN TANAH SEBAIK MUNGKIN..
ASALKAN MENDATANGKAN HASILLL.....


























































































PAKEJ PENGELUARAN VERMIKOMPOS



Pendahuluan

Vermes adalah perkataan Latin untuk cacing. Vermikultur adalah proses membiak cacing untuk penghasilan vermikompos

Vermikompos adalah bahan organik hasil daripada proses atau aktiviti mikrobial dan cacing tanah ke atas bahan organic mentah seperti sisa pertanian. Aktiviti mikrobial ke atas jerami padi yang baru dituai, contohnya menyebabkan berlakunya proses reputan. Sebelum proses pereputan ini tamat sebahagiannya dimakan oleh cacing tanah dan dikeluarkan sebagai vermicast atau tahi cacing dan yang sebahagian lagi terus reput sehingga menjadi kompos.

Vermikompos ini adalah lebih baik daripada kompos kerana, selain daripada faedah yang terdapat pada kompos dalam pertumbuhan pokok, komponen vermicast yang terdiri daripada aggregat-aggregat kecil dapat membaiki struktur tanah.

Vermicast ini mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh bakteria yang terdapat dalam perut cacing yang boleh membantu tumbesaran pokok.

Vermicast juga mengandungi lebih banyak jenis dan populasi bakteria yang berfaedah kepada pertumbuhan pokok.

Cacing Kompos

Cacing yang digunakan dalam proses pengkomposan dinamakan cacing kompos. Cacing ini suka tinggal di dalam bahan organan yang separuh reput.

Jenis-jenis cacing tanah yang digunakan sebagai cacing kompos mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Suka memakan lapisan atas
Sifat ini sememangnya telah dikenalpasti semasa menjalankan aktiviti di plot penghasilan vermikompos di mana cacing akan berkumpul di dalam lapisan atas binca setiap kali bahan makanan ditambah. Sifat ini juga memudahkan kerja-kerja mengasingkan cacing dan vermikompos semasa menjalankan kerja-kerja mengutip hasil.

Selera makan yang tajam
Cacing kompos makan mengikut berat badannya. Contohnya, purata berat cacing ialah 4 gm seekor, jadi, jumlah makanan yang diperlukan ialah lebih kurang 4 gm seekor sehari. Proses pertambahan makanan akan lebih kerap selepas sebulan cacing dilepaskan di dalam plot penghasilan vermikompos. Ini bermakna,proses pembiakan telah berlaku dan akan meningkat dari semasa kesemasa. Dengan ini, kita perlu pastikan makanan asas yang digunakan perlulah sentiasa ada dan telah sedia untuk digunakan.

Membiak dengan cepat
Salah satu sifat cacing kompos ialah membiak dengan cepat. Sepasang cacing kompos boleh bertelur 50 biji kapsul setahun di mana, satu biji kapsul mengandungi 2-3 ekor anak cacing.

Jenis-jenis cacing kompos yang digunakan terdiri daripada beberapa spesis seperti berikut:-

. Lumbricus rubellus (Cacing merah)
. Eisenia fetida (Cacing harimau)
. Perionyx excavatus (Cacing biru)


Cacing kompos jenis Harimau, Eisenia fetida





Penyediaan Tapak Pembiakan

Penyediaan Bekas Cacing
Cacing kompos boleh dibiak dalam bekas. Bekas yang digunakan hendaklah cetek dan dilengkapi dengan lubang untuk peredaran udara dan penyaliran air siraman. Ia boleh diperbuat daripada kayu, plastik atau bahan-bahan lain yang bersesuaian. Bekas yang telah siap dimasukkan cacing perlulah diletakkan di tempat yang teduh.






Kotak cacing diperbuat daripada kayu

Kotak cacing diperbuat daripada polistirena



Penyediaan Bangsal Cacing
Untuk pengeluaran vermikompos secara komersial bangsal atau rumah cacing dengan palung-palungnya perlu disedakan. Tujuan pembinaan bangsal dan palung-palungnya adalah untuk melindungi cacing daripada cahaya matahari dan hujan serta menyelamatkan dari serangan musuh .


Bangsal cacing


Palung cacing
Palung cacing berukuran 8’ x 3’ boleh diperbuat daripada kayu atau bata dengan dasar konkrit yang mencondong 80 darjah bertujuan untuk saliran air supaya tidak bertakung dalam palung semasa kerja-kerja penyiraman dijalankan. Biasanya air lebihan ini yang dikenali sebagai asid humik boleh ditakungkan dalam tong dan digunakan sebagai baja pada tanaman sayur-sayuran.

Sistem ini adalah merupakan sistem kekal di mana proses pengeluaran vermikompos boleh dilakukan semula setiap kali kompos dikutip.


Kerja-kerja membuat palung cacing dengan bata dan konkrit




Binca cacing


Binca cacing adalah jerami tempat tinggal cacing. Binca ini juga sebagai makanan cacing.

Binca yang sesuai adalah bahan organik yang gembur yang boleh menyimpan air dan udara. Ia juga hendaklah membolehkan air siraman mengalir dengan baik. Binca-binca ini hendaklah diproses terlebih dehulu supaya ia telah melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.


Penyediaan Bahan Binca
Bahan binca yang sesuai untuk cacing kompos dalam proses penghasilan vermikompos termasuk :-

- Jerami padi
- Batang jagung
- Baja kandang
- Carikan Kertas dan Peat Moss

Jerami padi
Kerja-kerja pengumpulan dijalankan selepas padi dituai dengan menggunakan baler supaya jerami dapat disimpan dengan banyak serta dapat menampung sehingga musim menuai akan datang.

Penyediaan tempat merendam jerami seperti polytank diperlukan untuk proses mereputkan jerami . Pastikan tempat merendam jerami tidak terdiri daripada bekas-bekas yang boleh berkarat.

Air perlu diisi ke dalam tangki dan selepas itu jerami dimasukkan ke dalam tangki tersebut.

Jangkamasa merendam jerami bergantung kepada kereputan jerami tersebut. Jika jerami yang direndam terdiri daripada jerami yang baru diambil dari ladang, jangkamasa merendam untuk proses asas sebelum melepaskan cacing adalah lebih panjang iaitu sehingga 10-14 hari tetapi jika jerami yang direndam itu adalah jerami dari stok lama di mana keadaan jerami telah sedikit reput jangkama merendam ialah 7-10 minggu.

Jerami perlu kerap ditekan-tekan dan dipusingkan supaya kereputannya sekata. Jerami yang hendak dimasukkan ke dalam plot penghasilan vermikompos perlu disejatkan terlebih dahulu ke dalam raga.

Untuk bekas cacing jerami padi yang telah diredam hendaklah disejatkan dan diperam terlebih dahulu supaya ia melepasi peringkat kepanasan dan permentasi.




Jerami padi
Merendam jerami padi dalam tangki air

menyejatkan air sebelum diperam


Memeram


Jerami padi selepas diperam

Batang Jagung
Batang jagung dikumpulkan dari ladang dan pastikan bahan binca ini mencukupi untuk proses seterusnya.
Seterusnya, batang jagung ini akan dimasukkan ke dalam mesin bagi menghancurkan supaya mudah lembut apabila proses memeram dijalankan dalam tong dram.

Batang jagung

Batang jagung dipotong dengan mesin penyiat


Batang jagung selepas diperam dalam tong dram

Baja Kandang
Baja kandang yang paling sesuai adalah baja tahi lembu yang separuh reput. Ia merupakan bahan binca dan makanan yang amat digemari oleh cacing kompos.

Baja kandang, tahi lembu
Mengambil tahi lembu


Carikan Kertas dan Peat Moss (Tanah Semaian)
Carikan Kertas dan Peat Moss adalah sesuai untuk bekas cacing. Kertas perlu dicarik-carikan dan dibasahkan supaya lembap sebelum digunakan.




Bahan Makanan

Sisa-sisa organik dari ladang-ladang pertanian, halaman rumah dan sisa-sisa dapur boleh dijadikan makanan cacing.

Sisa Ladang
Kebanyakan sisa organik dari pelbagai jenis tanaman boleh digunakan sebagai makanan cacing untuk pengeluaran vermikompos. Sisa-sisa organik tersebut adalah seperti jerami padi, batang jagung, tandan kelapa sawit, rumput kering dan baja kandang yang separuh reput atau telah diperam. Batang-batang pokok yang keras adalah kurang sesuai digunakan.
Jadual 1: Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing ialah :-
Yang disyorkan
Tidak disyorkan/ Elakkan
Sisa-Sisa Dapur
- Reja-reja sayur
- Kulit buah-
buahan
- Surat khabar
- Kulit telur

Sisa Halaman
- Rumpai
- Keratan rumput
halaman
- Daun-daun

Sisa Ladang
- Jerami padi
- Batang jagung

Baja Kandang
- Tahi lembu
- Tahi kuda
- Tahi kambing dan
tahi haiwan yang
makan rumput

- Daging
- Makanan tenusu
- Telur
- Makanan berminyak
- Garam dan cuka
- Bawang dan bawang putih
- Buah-buahan jenis limau






Sisa dapur
Sisa dapur adalah sesuai untuk bekas cacing dan boleh dijalankan di rumah oleh suri rumah. Jika menggunakan sisa-sisa dapur untuk penghasilan vermikompos, adalah perlu menggunakan binca-binca seperti di atas sebagai bahan asas bagi menyesuaikan keadaan persekitaran cacing.

Sisa-sisa dapur perlulah ditanam di dalam binca tersebut mengikut keperluan makanan untuk cacing.
Sifat cacing adalah memakan makanan mengikut berat badannya. Jadi, sisa dapur yang ditanam di dalam binca perlulah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada.

Bahan-bahan yang disyorkan dan tidak disyorkan untuk cacing adalah seperti dalam Jadual 1.

Sebelum menggunakan salah satu bahan yang disyorkan di atas, kita perlulah mengetahui cara penyediaannya kerana ada di antara bahan di atas mempunyai cara penyediaan yang berbeza. Ini adalah penting supaya cacing tidak akan mati atau lari dari tempat yang disediakan.




Pengeluaran Vermikompos

Penyediaan bahan makanan
Sisa bahan pertanian perlulah dipotong kecil-kecil dan direndam sekurang-kurangnya 24 jam dan reputkan terlebih dahulu bergantung kepada jenis bahan tersebut.

Baja kandang seperti tahi lembu atau tahi kambing boleh dicampur dengan sisa bahan pertanian bagi
mempercepatkan proses penghasilan vermikompos. Ia juga dapat menambah kuantiti dan kualiti vermikompos. Sekiranya baja kandang digunakan ianya juga perlu diperam 2 – 3 hari sebelum digunakan.

Pelepasan Cacing
Pelepasan cacing dalam palung
Bahan binca seperti jerami padi yang telah direndam perlulah diletakkan di atas lantai konkrit dalam palung selama 1-2 minggu supaya keadaan jerami mendap daripada ketebalan asal 6 inch kepada 3 inch.

Dalam masa 1-2 minggu, pastikan jerami yang diletakkan di atas konkrit tadi ditutup dengan jaring plastik seperti tolinet supaya tidak cepat kering. Jika jerami kelihatan kering, penyiraman perlu dilakukan.

Sekiranya baja kandang yang separuh reput digunakan sebagai bahan binca ia perlu disiram dengan air secukup-cukupnya dan dibiarkan 24 jam untuk air sejat sebelum cacing dilepaskan ke dalamnya.

Sebelum cacing dilepaskan, buatkan parit kecil di sepanjang tengah palung yang telah tersedia bahan binca tadi. Masukkan sebanyak 1,500-2,000 ekor cacing dengan sedikit vermikompos di sepanjang parit kecil yang dibuat supaya cacing yang dimasukkan akan bergerak serata kawasan palung.

Setelah cacing dimasukkan, tutup semula parit kecil tadi dengan menarik semula binca yang dikais untuk dijadikan parit kecil tadi.


Tahi lembu dimasukan ke dalam palung

Membuat parit kecil di sepanjang tengah palung


Cacing dilepaskan ke dalam parit kecil
Menutup semula parit kecil dengan binca seperti jerami padi atau potongan batang jagung


Penutup Batas
Binca yang telah siap sedia dengan cacing perlulah ditutup dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa untuk memelihara kelembapan dan mengekalkan suasana gelap yang disukai oleh cacing.

Selain daripada itu penutup-penutup ini juga dapat menghalang musuh-musuh seperti tikus kasturi dan burung memasuk ke dalam palung memakan cacing.

Penutup ini juga dapat menghalang kumbang tanduk bertelur dan membiak dalam palung.


Penutup batas. Binca yang telah siap sedia dengan cacing ditutup dengan tolinet dan di atasnya diletakkan daun-daun kelapa.



Penjagaan

Menyiram
Bahan-bahan makanan dan binca yang disediakan untuk pengeluaran vermikompos perlu disiram 1-3 kali seminggu bergantung kepada keadaan cuaca dan jenis makanan dan binca yang digunakan.

Menyiram dengan paip air

Menyiram ringan dan secara konsisten adalah kunci kepada pengomposan menggunakan cacing. Jadi jadual penyiraman

perlulah ditetapkan supaya waktu dan hari menyiram tidak berubah-ubah.

Kelembapan batas cacing yang menggunakan bahan binca daripada baja kandang haruslah dikekalkan pada 30 hingga 40 % manakala bahan binca yang lain iaitu sisa ladang,kelembapan yang diperlukan adalah melebihi 40 %.

Cacing suka tinggal di binca yang lembap tetapi tidak basah. Cara mengenalpasti kelembapan yang sesuai untuk cacing adalah dengan memerah bahan binca tersebut. Sekiranya air perahan keluar setitik bermakna itulah kelembapan yang diperlukan tetapi sekiranya air perahan tersebut mengalir berterusan bermakna bahan binca tersebut terlalu lembap dan ia perlu disejatkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam plot untuk makanan cacing.

Jadi, kerja-kerja penyiraman perlu dilakukan secara berhati-hati supaya kelembapan yang dibekalkan tidaklah berlebihan dari yang diperlukan oleh cacing.

Memberi cacing makan
Pemberian makanan pada cacing haruslah dijalankan secara perlahan. Haruslah dipastikan bahawa jumlah makanan yang diberi adalah bersesuaian dengan jumlah cacing yang ada. Ini adalah penting kerana jika makanan yang diberi terlalu berlebihan ia akan memberi mudarat kepada cacing di mana makanan yang tidak dimakan oleh cacing ini akan menjadi masam dan busuk. Dalam keadaan yang terlalu berlebihan juga proses permentasi akan berlaku yang akan menaikkan suhu dalam bahan binca.

Proses pemberian makanan di atas perlu diambil berat untuk keselamatan cacing dan tidak perlu risau tentang cacing yang kelaparan.

Bahan makanan juga perlulah ditabur dipermukaan binca dengan kadar yang nipis supaya tidak berlaku proses permentasi.

Jika hanya jerami padi digunakan sebagai bahan makanan, baja kandang atau najis haiwan seperti najis kuda, kambing, arnab, lembu dan lain-lain boleh ditabur di lapisan atas yang melitupi keseluruhan jerami di dalam palung berkenaan. Ia bertujuan memberi makanan tambahan kepada cacing di samping dapat menambah kandungan zat makanan dalam vermikompos berkenaan.
Perlu sensitif pada kadar keperluan penambahan makanan supaya seimbang dengan jumlah yang perlu untuk cacing. Pada prinsipnya populasi cacing yang padat memerlukan pemberian makanan yang berat dan kerap

Biasanya setiap kali apabila sisa pertanian yang digunakan tadi telah nampak banyak dimakan dan bertukar kepada vermikompos sisa pertanian yang disediakan terdahulu sebagai makanan ditambah setebal tidak melebihi 100 sm.

Apabila populasi cacing bertambah penambahan makanan dilakukan lebih kerap sehingga masa untuk mengutip hasil.

Sukatan suhu & pH
Tentukan suhu bahan binca dan makanan dalam palung atau kotak tidak melebihi 30°C. Sekiranya melebihi 30°C siramkan air untuk menurunkan suhunya. pHnya juga perlu disukat dan dijaga pada paras pH 6–7. Taburkan sedikit kapur sekiranya pH di bawah 6.0.

Penjagaan Dari Musoh / Perosak
Tempat pengeluaran dan pemeliharaan cacing perlulah dijaga dari dimasuki burung, ayam, tikus kasturi dan juga semut. Binatang-binatang ini gemar memakan cacing.




Memungut hasil

Ciri-ciri kompos yang sesuai dikutip hasilnya
Hasil boleh dipungut 3–4 bulan sekali apabila bahan makanan yang diberikan kepada cacing tadi telah berubah menjadi campuran tahi cacing dan kompos. Keadaan ini juga bergantung pada banyaknya jumlah cacing yang ada dalam palung.

Vermikompos juga sesuai untuk dikutip apabila kandungan dalam palung/bekas telah menyusut agak banyaknya. Binca dalam palung/bekas juga tidak berada dalam bentuk asal lagi dan telah berubah menjadi warna coklat gelap.

Selain daripada itu keseluruhan bahan makanan yang digunakan juga telah bertukar warna kepada coklat gelap dan kelihatan serupa tanah.

Kaedah memungut kompos
Sebelum vermikompos dipungut cacing-cacing perlulah dipisahkan terlebih dahulu.

Terdapat beberapa kaedah untuk memisahkan cacing sebelum memungut kompos. Langkah pertama sebelum kerja memungut hasil ialah dengan berhenti memberi makanan dan melaparkan cacing selama 1-2 minggu.

Semua aktiviti menyiram juga diberhentikan untuk memudahkan kerja-kerja membungkus dan menimbang kompos tersebut dengan mudah dan tidak melekat serta berada dalam keadaan tekstur yang halus dan menarik.

Kaedah memungut kompos yang disyorkan ialah :-
Kompos yang telah menjadi itu hendaklah dihimpunkan di sebelah bahagian palung sahaja.
Sebelah bahagian plot tersebut akan kosong. Jadi, bahagian yang kosong akan dimasukkan binca baru.
Cacing akan berpindah ke dalam binca baru secara perlahan-lahan.
Biarkan proses ini berjalan sehingga 1-2 minggu dan selepas itu kompos tersebut bolehlah dipungut .


Kompos yang telah menjadi dihimpunkan di sebelah bahagian palung
Binca baru dimasukan ke bahagian palung yang kosong



Pembungkusan


Vermikompos yang telah dipungut kemudiannya dimasukkan ke dalam beg-beg muatan 2 kilo sekiranya untuk dijual atau boleh dikumpul setempat untuk digunakan di ladang kemudiannya.



PROJEK KE -2 KAMI..CACING KOMPOS

pada 16 januari 2008...kami telah membeli 1kg cacing harimau...sebelum memulakan dgn lebih banyak..elok lah di mulakan dgn jumlah yg kecil dahulu..bagi memgetahui dan membiasakan tentang penjagaaan dan pemakanan cacing ini..

ini adalah najis lembu yg akan kami gunakan utk 1kg pertama yg kami beli tadi tu...tapi sebelun itu najis ini haru direndam dahulu bagi meneutral kan dari ammonia,ubat cacing yg disuntik pada lembu dan lain lagi lahhh....kami menggunakan bekas polisterine saja untuk ujikaji ini...najis lembu yg masih fresh harus direndam selama 2-3 hari..dan yg telah lama boleh direndam dalam 2-3 jam sahaja..kemudian ia perlu ditus kan..sebelum di jadikan makanan cacing ini...bagi penggunaan tahi kambing pula...ia juga cara yg sama..tetapi ia memerlukan kacar campuran dengan habuk papan ...in memrlukan nisbah 70-30...
setelah bahan makanan tadi dimasukkan kedalam bekan polisterin..maka boleh lah kami melepaskan cacing itu...bagi melihat kesesuaian makanan tersebut....harus diingat...sekiranya cacing itu terus masuk ke dalam makanannya..maka makanan tersebut sesuai untuknua..sekiranya dalam terpoh 5 minit masih tidah masuk kedalam makanan tersebut...maka makanan tersebut idak sesuai baginya...

inilah contoh cacing harimau tersebut

cacing boleh mementukan jantina mereka sendiri bagi proses pembiakan..tapi ia tetap memerlukan 2 ekor dalam proses pembiakan ini...bagi mengenal cacing dewasa...ia mempunya bentuk seperti gelang dilehernya..itulah organ pembiakan mereka nanti...